Jika dilihatkan gambar-gambar dari set penggambaran filem Guardians of the Galaxy Vol. 3, nampaknya pasukan superhero tersebut akan mengenakan sut pakaian yang serupa dari panel komik!

Saksikan perkongsian gambar tersebut di bawa, menunjukkan antara lain adalah watak Star-Lord lakonan Chris Pratt, dan Nebula lakonan Karen Gillan: 

BERKAITAN: Rocket Akan Memainkan Peranan Penting Dalam Filem Guardians Of The Galaxy Vol. 3

Kali terakhir pasukan Guardians of the Galaxy muncul di layar perak adalah dalam filem Avengers: Endgame (2019), di mana mereka disertai oleh Thor (lakonan Chris Hemsworth) di penghujung filem tersebut. Disebabkan itu, pasukan Guardians of the Galaxy turut akan muncul dalam filem Thor: Love and Thunder yang akan ditayangkan tidak lama lagi. 

BERKAITANPasukan Guardians Of The Galaxy Bakal Muncul Dalam Filem Thor: Love And Thunder

Filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang diarahkan oleh James Gunn menyaksikan kembalinya barisan pelakon dari filem terdahulu seperti Chris Pratt, Zoe SaldaƱa, Dave Bautista, Sean Gunn, Karen Gillan, Pom Klementieff, Bradley Cooper, dan Vin Diesel, selain turut dibarisi muka-muka baharu dalam francais tersebut seperti Chukwudi Iwuji dan Will Poulter (yang akan melakonkan watak Adam Warlock).

Filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 5 Mei 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post