Hanya seminggu sahaja selepas pengumuman mengejutkan Justin Lin yang menarik diri sebagai pengarah filem Fast X, kini Universal Pictures telahpun menemui pengganti yang sesuai.

Menurut laporan Variety, pengarah yang akan mengambil alih kerusi yang dikosongkan oleh Justin Lin itu tak lain dan tak bukan adalah Louis Leterrier, yang sebelum ini pernah mengarahkan filem The Transporter dan The Transporter 2 dibintangi Jason Statham. 

BERKAITAN: Logo Filem Fast & Furious 10 Diperlihatkan - Penggambaran Secara Rasminya Bermula!

Fast X dijangka akan membawa kembali pelakon-pelakon terdahulu seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Ludacris, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Charlize Theron, dan Sung Kang, selain pengumuman sebelum ini yang turut membariskan muka-muka baharu ke francais tersebut seperti Brie Larson dan Jason Momoa (yang dijangka akan melakonkan watak penjahat). Walau bagaimanapun, Dwayne Johnson tidak akan kembali sebagai Ejen Hobbs disebabkan persengketaannya dengan Vin Diesel susulan penghasilan filem Hobbs & Shaw.

Francais filem Fast & Furious dimulakan pada tahun 2001 melalui filem pertamanya, The Fast & The Furious, seterusnya diikuti dengan beberapa siri filem yang lain dan sehingga kini, telah mencatatkan rekod kutipan keseluruhan lebih USD 6 bilion di seluruh dunia.

Filem Fast X dijadualkan untuk tayangan bermula 19 Mei 2023

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post