Marvel Studios dan Disney telah mengumumkan beberapa perubahan terhadap jadual tayangan filem-filem terbaharu mereka untuk tahun 2023 melibatkan 2 buah filem utama.

Dua filem yang dimaksudkan itu adalah The Marvels dan Ant-Man and The Wasp: Quantumania. Kedua-dua filem itu telah bertukar tarikh tayangan, di mana filem The Marvels yang pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 17 Februari 2023, kini telah bertukar tarikh tayangan dan akan ditayangkan pada 28 Julai 2023. Manakala filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania pula akan mengisi slot tayangan pada 17 Februari 2023.

BERKAITAN: Trailer Ms. Marvel Diperlihatkan - Bakal Strim Di Disney+ Pada Jun Ini

Filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania menyaksikan Paul Rudd dan Evangeline Lilly kembali bergabung dan tampil sebagai Scott Lang/ Ant-Man dan Hope van Dyne/ Wasp. Kali terakhir watak tersebut muncul di layar perak adalah dalam filem Avengers: Endgame. Filem ini juga akan menampilkan semula Michael Douglas dan Michelle Pfeiffer yang menyambung watak mereka sebagai Hank Pym dan Janet Van Dyne.

Filem ketiga dalam siri filem Ant-Man ini akan menampilkan muka baharu iaitu Kathryn Newton sebagai Cassie Lang, selain menampilkan watak Kang the Conqueror yang akan dilakonkan oleh Jonathan Majors. 

Filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania diarahkan oleh Peyton Reed, manakala filem The Marvels pula diarahkan oleh Nia DaCosta.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post