Tanpa sebarang petanda, Disney akhirnya memperlihatkan trailer pertama siri terbaharu mereka di Disney+, iaitu Ms. Marvel, yang menampilkan Iman Vellani sebagai Kamala Kahn. Ini adalah watak superhero beragama Islam pertama ditampilkan oleh Marvel Studios dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Saksikan trailer Ms. Marvel tersebut di bawah :

Berikut adalah sinopsis rasmi Ms. Marvel

“Ms. Marvel introduces Kamala Khan—a 16-year-old Pakistani American from Jersey City. An aspiring artist, an avid gamer and a voracious fan-fiction scribe, she is a huge fan of the Avengers—and one in particular, Captain Marvel. But Kamala has always struggled to find her place in the world—that is, until she gets super powers like the heroes she’s always looked up to”.


BERKAITAN: Siri Disney+ Ms. Marvel Diumumkan - Superhero Beragama Islam Pertama Marvel Dalam Siri TV

Siri Disney+ Ms. Marvel ini akan berkait langsung dengan filem Captain Marvel 2, yang diberi tajuk The Marvels, arahan Nia DaCosta. yang dijadualkan untuk tayangan pada 17 Februari 2023. 

Siri Ms. Marvel akan ditayangkan di saluran penstriman Disney+ bermula 8 Jun 2022.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post