Hari ini, kami berkesempatan menonton filem The Bad Guys. Terima kasih United International Pictures Malaysia atas undangan tersebut.

Filem The Bad Guys mengisahkan tentang sekumpulan perompak diketuai Mr. Wolf, Mr. Piranha, Mr. Snake, Mr. Shark, dan Ms. Tarantula, di sebuah dunia di mana manusia dan haiwan yang boleh berkata-kata wujud dan hidup bersama. Mr. Wolf dan kumpulannya menjalani kehidupan dengan rekod rompakan yang tak terkalah dan tak pernah ditangkap oleh pihak berkuasa. Mereka merancang untuk melakukan satu lagi rompakan semasa acara penyampaian sebuah trofi yang akan disampaikan oleh Gabenor. Namun, rompakan tersebut tidak berjaya, dan mereka diperangkap. Dalam usaha menyelamatkan diri dari hukuman, Mr. Wolf dan pasukannya bersetuju untuk bertukar menjadi baik dan tidak melakukan kejahatan lagi. Namun, rupa-rupanya mereka diperangkap oleh individu lain yang ingin menjadikan mereka 'kambing hitam' dan dihukum atas kesalahan yang bukan mereka lakukan. Berjayakah mereka membersihkan nama mereka, dan memerangkap penjahat sebenar yang ingin memperalatkan mereka? Jangan lupa saksikan filem The Bad Guys di pawagam bermula 17 Mac 2022.

BERKAITAN: Saksikan Trailer Filem The Bad Guys - Adaptasi Dari Buku

Secara peribadi, kami merasakan filem The Bad Guys dihasilkan dengan begitu teliti dan menarik. Walaupun sebuah filem animasi, anda pasti tidak akan bosan dan berasa kering gusi dengan kerenah dan keletah watak-watak dalam filem tersebut. Elemen komedi, serius, rasa keseronokan, rasa penyesalan, dan redemption arc untuk watak-wataknya juga kelihatan seimbang. Pada mulanya kami agak skeptikal dengan filem ini, apatah lagi telah agak banyak juga filem animasi yang dihasilkan dengan resipi hampir sama. Tapi kamu boleh sahkan yang filem The Bad Guys ini ternyata menghiburkan, dan sesuai untuk dibawa anak-anak menonton sempena cuti sekolah ini.

The Bad Guys diarahkan oleh Pierre Perifel, dan filem ini dihasilkan berdasarkan sebuah buku kanak-kanak karya Aaron Blabey. Antara pelakon yang memberikan ssuara kepada watak-watak dalam filem The Bad Guys adalah Sam Rockwell (sebagai Mr. Wolf), Marc Maron (sebagai Mr. Snake), Craig Robinson (sebagai Mr. Shark), Anthony Ramos (sebagai Mr. Piranha), Awkwafina (sebagai Ms. Tarantula) , Richard Ayoade (sebagai Profesor Rupert Marmalade IV) dan Zazie Beetz (sebagai Diane Foxington).

RATING SEMBANGFILEM : 4.5/5 bintang


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post