Agak mengejutkan apabila hanya beberapa hari sahaja selepas pengumuman logo dan tarikh tayangan filem Fast & Furious 10 (Fast X), apabila pengarahnya Justin Lin mengumumkan telah menarik diri dan tidak akan mengarahkan filem tersebut, hanya beberapa hari sebelum penggambaran bermula.

Dalam satu kenyataan media yang dikongsikan, Justin menulis:

“With the support of Universal, I have made the difficult decision to step back as director of Fast X, while remaining with the project as a producer. Over 10 years and five films, we have been able to shoot the best actors, the best stunts, and the best damn car chases. On a personal note, as the child of Asian immigrants, I am proud of helping to build the most diverse franchise in movie history. I will forever be grateful to the amazing cast, crew and studio for their support, and for welcoming me into the Fast family".

Fast X akan membawa kembali pelakon-pelakon terdahulu seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Ludacris, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Charlize Theron, dan Sung Kang, selain pengumuman sebelum ini yang turut membariskan muka-muka baharu ke francais tersebut seperti Jason Momoa dan Brie Larson. Walau bagaimanapun, Dwayne Johnson tidak akan kembali sebagai Ejen Hobbs disebabkan persengketaannya dengan Vin Diesel susulan penghasilan filem Hobbs & Shaw.

Filem Fast X dijadualkan untuk tayangan bermula 19 Mei 2023. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post