Kami baharu sahaja berkesempatan menonton filem Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore, dan berikut adalah review dari kami.

Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore mengambil latar pada tahun 1932, dan 5 tahun selepas kejadian dalam filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald. Gellert Grindelwald (kini dilakonkan oleh Mads Mikkelsen) bersama-sama pengikutnya yang terdiri daripada Obscurial Credence Barebone (lakonan Ezra Miller) dan Legilimens Queenie (lakonan Alison Sudol) -- sedang berusaha mengumpulkan pengikut untuk menganggotai pergerakan mereka yang memperjuangkan golongan magik di kalangan pure-blood. Dalam satu pemilihan International Confederation of Wizards' Supreme Mugwump untuk memilih pemimpin baharu mereka, Albus Dumbledore (lakonan Jude Law) telah menugaskan magizoologist Newt Scamander (lakonan Eddie Redmayne) bersama-sama abangnya Theseus (lakonan Callum Turner), muggle Jacob Kowalski (lakonan Dan Fogler), Yusuf Kama (lakonan William Nadylam), dan professor Lally Hicks (lakonan Jessica Williams) untuk menghalang Grindelwald dari bertanding dalam pemilihan tersebut. Walau bagaimanapun, Grindelwald ternyata selangkah di hadapan kerana telah berjaya merampas seekor haiwan magical iaitu qilin, yang mampu mengesan manusia dengan niat dan hasrat yang murni. Berjayakah Dumbledore mengekang Grindelward dari memenangi pemilihan tersebut, seterusnya memimpin komuniti magik dan bakal membawa peperangan dengan golongan muggle? Jangan lupa saksikan Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore di pawagam berhampiran.

BERKAITAN: Warner Bros. Dilaporkan Telah Menemui Pengganti Untuk Johnny Depp Dalam Fantastic Beasts 3?

Filem ketiga dalam francais filem Fantastic Beasts ini agak asing bagi kami kerana kami tidak mengikut 2 filem terdahulu, walaupun kami sangat meminati francais filem Harry Potter. Jika kalian tidak pernah menonton 2 filem terdahulu, tapi familiar dengan buku atau filem Harry Potter, kami rasakan ianya sudah memadai untuk memahami sedikit sebanyak jalan cerita filem Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore ini. Namun hakikatnya, sukar sebenarnya untuk 'mengangkat' semula magik yang berjaya dihasilkan melalu siri filem Harry Potter, mungkin kerana jalan cerita yang tiada kepelbagaian dan watak-wataknya yang boleh dikatakan biasa sahaja. Tarikan utamanya tentulah kepada watak ALbus Dumbledore, ahli sihir hebat yang merupakan satu-satunya ahli sihir yang ditakuti oleh Voldemort dalam francais filem Harry Potter. Dalam filem Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore, jalan cerita yang ditampilkan oleh pengarahnya, David Yates dan penulis lakon layar, Steve Kloves dan J.K. Rowling sendiri, menampilkan adegan drama politik dan perebutan kuasa antara 2 individu yang saling mengenali dan mengagumi antara satu sama lain, dan di tengah-tengahnya. terselit kewujudan makhluk dan haiwan magik yang sesekali ditampilkan supaya relevan dengan jalan cerita. Begitulah yang kami rasa bila menonton filem Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore ini.

Walau bagaimanapun, kami tabik kepada Mads Mikkelsen, yang menggantikan Johnny Depp sebagai Grindelwald. Beliau berjaya menampilkan karisma dan elemen gerun kepada watak tersebut. Begitu juga dengan Jude Law yang melakonkan watak Dumbledore dengan penuh karisma. 

Pada kami, walaupun filem Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore berjaya menampilkan elemen pertarungan dan magik yang menarik, ianya masih kelihatan sangat biasa dan tiada wow factor seperti mana dalam francais filem Harry Potter sebelum ini. 

RATING SEMBANGFILEM: 3/5 BINTANG

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post