Dengan 'layanan' yang diberikan oleh studio Warner Bros. kepada Johnny Depp yang diarahkan untuk mengosongkan watak ahli sihir Gellert Grindelwald susulan keputusan kes mahkamahnya, terdapat beberapa peminat yang menyatakan akan memboikot filem Fantastic Beasts 3. Disebabkan itu juga, tarikh tayangan Fantastic Beasts 3 terpaksa dilewatkan ke Julai 2022 bagi memberikan ruang kepada Warner Bros. untuk mencari pelakon ganti. Dan kini, dikhabarkan Warner Bros. berkemungkinan telah menemui pengganti tersebut. 


BERKAITANJohnny Depp Dilaporkan Tetap Mendapat Gaji Penuh RM41 Juta Walaupun Digugurkan Dari Filem Fantastic Beasts 3

Menurut laporan awal oleh Deadline, pelakon Hannibal, iaitu Mads Mikkelsen kini dilaporkan dalam perancangan awal untuk mengambil alih watak tersebut. Sebelum ini, Mads Mikkelsen juga pernah tampil dalam filem Doctor Strange terbitan Marvel Studios, melakonkan watak Kaecilius. 

Fantastic Beasts 3 akan menampilkan semula Eddie Redmayne sebagai Newt Scamander, di samping Katherine Waterston, Dan Fogler, Alison Sudol, dan Ezra Miller. Turut membintangi filem berkenaan adalah Claudia Kim, Zoe Kravitz, Callum Turner, dengan Jude Law melakonkan watak Albus Dumbledore dan Jessica Williams sebagai Profesor Eulalie Hicks. Warner Bros. kini dalam proses untuk menggantikan pelakon untuk watak Gellert Grindelwald, selepas Johnny Depp diminta untuk meninggalkan francais filem tersebut. 

BERKAITANPoster Dan Trailer Terbaru Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald - Nagini Versi Manusia?

Fantastic Beasts 3 akan diarahkan semula oleh David Yates, yang mengarahkan 2 filem Fantastic Beasts terdahulu, dan kini sedang menjalani penggambaran di sekitar UK.

Filem terdahulu, Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald, mencatat kutipan box office sebanyak $653 juta di seluruh dunia.  

Fantastic Beasts 3 dijadualkan untuk tayangan pada 15 Julai 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post