Pelakon Johnny Depp, 57 tahun, dilaporkan akan tetap menerima bayaran penuh, dianggarkan sekurang-kurangnya RM41 juta daripada Warner Bros. walaupun hanya terbabit satu babak sahaja dalam penggambaran filem Fantastic Beasts 3 selepas digugurkan dari filem itu.


Terdahulu, Johnny Depp yang kalah dalam perbicaraan kesnya dengan bekas isteri, Amber Heard dilaporkan menjadi punca beliau digugurkan, selepas dinasihatkan menarik diri daripada terus terbabit dalam penggambaran Fantastic Beasts 3 oleh Warner Bros.

Akibat 'arahan' tersebut, syarikat produksi terbabit dikehendaki membayar gaji penuh kepadanya, walaupun dia tidak lagi memegang watak sebagai ahli sihir Gellert Grindelwald dalam filem fantasi itu yang memulakan penggambaran sejak 20 September lalu.

Dalam kontraknya, Johnny Depp memiliki peruntukan khas wajib bayar dan berhak mendapat bayaran penuh walau apa terjadi kepada filem itu. Ia termasuklah sama ada filem itu dihentikan atau wataknya digantikan dengan pelakon lain.

Keputusan mahkamah tinggi London baru-baru ini nyata memihak kepada Amber, berkenaan tuduhan dia dikasari Johnny Depp sepanjang dalam rumah tangga mereka. Menurut mahkamah, laporan akhbar The Sun yang mengatakan aktor itu melakukan keganasan hakikatnya adalah benar.

Bagaimanapun, Johnny Depp menerusi kenyataannya merancang akan membuat rayuan terhadap tuduhan dilakukan bekas isteri terhadapnya.

Sumber dari Harian Metro.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post