Para peminat G.I. Joe masih perlu menunggu sehingga penghujung 2021 untuk menyaksikan filem terbaharu G.I. Joe berdasarkan watak Snake Eyes. Baru-baru ini, pelakon utamanya, Henry Golding berkongsikan perkembangan terbaharu filem Snake Eyes.


BERKAITAN: Filem G.I. Joe Snake Eyes Kini Memulakan Penggambaran Di Jepun

Dalam satu temuramah dengan Entertainment Weekly, pelakon kelahiran Malaysia berusia 33 tahun itu berbangga dapat berlakon di bawah arahan Robert Schwentke yang disifatkannya sebagai seorang "peminat filem Jepun" dan mengambil inspirasi terus dari Akira Kurosawa sehinggalah filem berlatarkan kehidupan samurai. Menurut Golding :

“He is so hooked into that history and we see some of those scenes. With some of the fight scenes there are some chimbara sequences. A lot of attention to cultural detail was put into this movie. There are not a lot of movies that are allowed to film in Japan and we went to some amazing, amazing places. The authenticity is there. It’s always odd coming off of big productions. I was on Snake Eyes for like six months. We were in Vancouver previous to Japan. My wife comes out and she spends a long time with us wherever I am. Going from 100 miles an hour to a complete still, dead stop, it is pretty jarring. But we’ve actually really been enjoying exploring California. All the producers at Paramount really listened to my opinion, the opinion of others, and I think that’s why it’s going to be so special. It’s definitely been a challenge in creating something fresh and new, but I think we definitely achieved it”.

Dalam siri G.I. Joe, Snake Eyes merupakan ninja/ komando yang dikenali dengan kemahiran mautnya dengan pedang dan pisau, selain mahir menggunakan senjata api. Beliau juga merupakan ahli seni mempertahankan diri yang berkemahiran tinggi yang amat merbahaya samada bersenjata ataupun tidak. Snake Eyes pada mulanya tinggal bersendirian di pergunungan High Sierra sebelum direkrut untuk menganggotai pasukan G.I. Joe. Nama sebenar Snake Eyes dan latar belakangnya kekal sebagai misteri sehingga hari ini, dan terdapat pelbagai versi baik dalam siri kartun mahupun komiknya yang menceritakan tentang latar belakang Snake Eyes sebelum dia dikenali dengan kostum serba hitam yang dipakai sekarang. Pelakon dan aktor lagak ngeri, Ray Park melakonkan watak Snake Eyes dalam dua filem terdahulu iaitu G.I. Joe: The Rise of Cobra dan G.I. Joe: Retaliation.


Snake Eyes dibintangi oleh Henry Golding yang juga pelakon utama, Andrew Koji sebagai Storm Shadow, Iko Uwais sebagai Hard Master, Samara Weaving sebagai Scarlett, Úrsula Corberó sebagai Baroness, Haruka Abe sebagai Akiko, Takehiro Hira sebagai Kenta dan Steven Allerick sebagai bapa kepada Snake Eyes.

Snake Eyes dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 22 Oktober 2021.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post