Pasukan Guardians Of The Galaxy Bakal Muncul Dalam Filem Thor: Love And Thunder

Menurut laporan dari portal komik ComicBook, pasukan Guardians of the Galaxy bakal membuat kemunculan mereka dalam filem terbaharu Marvel Studios, iaitu Thor: Love and Thunder. Berita tersebut diumumkan dalam satu temubual bersama Vin Diesel ketika aktor berkenaan mempromosikan filem terbaharunya, Bloodshot.


Diesel dipetik sebagai berkata :

“I am waiting and excited for my friend James Gunn to knock this next one out of the park. He took The Suicide Squad so he’s about to embark on it. Thor will also, the director talked to me about [how] Thor will incorporate some of the Guardians of the Galaxy… That’ll be very interesting, nobody knows, maybe I shouldn’t have said anything.”

Sebelum ini, James Gunn yang merupakan pengarah filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 telah mengesahkan yang filem berkenaan akan mengambil tempat sejurus selepas filem Thor: Love and Thunder.

BERKAITAN: Christian Bale Sah Akan Melakonkan Watak Penjahat Dalam Filem Thor: Love And Thunder

Filem Thor: Love and Thunder kembali diarahkan oleh Taika Waititi susulan kejayaan filem Thor: Ragnarok (2017) yang juga merupakan hasil pengarahannya. Natalie Portman (melakonkan watak Jane Foster) akan kembali, di mana Jane mempunyai kuasa Thor dan menggunakan Mjolnir sebagai senjata. Selain Portman, Chris Hemsworth dan Tessa Thompson turut kembali melakonkan watak mereka sebagai Thor dan Valkyrie.

BERKAITAN: Inilah Dia Senarai Penuh Filem Dan Siri Disney+ Untuk MCU Phase 4!

Kali terakhir Thor dan Valkyrie muncul di layar perak adalah dalam filem Avengers: Endgame pada tahun lepas, yang mana mencatatkan rekod tersendiri sebagai filem yang mencatatkan kutipan paling tinggi dalam sejarah. Di akhir filem tersebut, Thor telah menyerahkan takhta Asgard kepada Valkyrie, manakala Thor pula menyertai pasukan Guardians of the Galaxy dalam misi terbaharu mereka.

Filem Thor: Love and Thunder dijadualkan untuk tayangan pada 5 November 2021.

Post a Comment

Previous Post Next Post