Siapakah Pelakon Yang Bakal Muncul Sebagai Mr. Fantastic?

Semenjak Presiden Marvel Studios, Kevin Feige mengesahkan yang mereka kini sedang merancang penghasilan filem baharu Fantastic Four di acara Comic-Con tahun lepas, rata-rata peminat telah mula berspekulasi tentang nama-nama pelakon yang akan melakonkan watak utama dalam filem tersebut. Antara yang disebut-sebut adalah pasangan suami isteri sebenar, iaitu John Krasinski dan Emily Blunt yang dipilih sendiri oleh peminat sebagai calon paling sesuai untuk melakonkan watak Mr. Fantastic dan The Invisible Woman.


Dalam satu temubual bersama portal ComicBook, Krasinski disoal berkenaan kemungkinan beliau tampil sebagai Reed Richards/ Mr. Fantastic, beliau menyatakan sangat berminat dengan watak tersebut dan tidak menolak sekiranya ditawarkan watak berkenaan. Respons berkenaan tidaklah pelik, apatah lagi memang ramai pelakon yang cuba mendapatkan tempat dalam mana-mana filem MCU, yang mendapat sambutan hebat pada masa kini.


Menurut Krasinki : 

“I would love to do it. I think to be a part of the Marvel world would be amazing anyway, and the fact that people would even consider me for that level of a part would be amazing. I genuinely have had no conversations or don’t know anything that’s happening with that. I’m awaiting Kevin’s announcements of what the hell’s happening with that as much as you are.”

Ketika ditanya pula samada beliau berminat sekiranya diberi peluang mengarahkan filem Marvel, ini jawapan Krasinki :

“Wow, that’s a cool idea. It’s so interesting because I’m such a huge fan of Marvel. I think they do their own… They have such a great formula. Yeah, I’d jump in there. In Kevin [Feige] I trust. That dude is not only the most talented guy, but the nicest guy. Yeah, whatever he wants, we’d discuss it.”

Pada tahun 2010 iaitu selepas memilih Chris Evans secara rasmi sebagai pemegang watak Steve Rogers/ Captain America, Marvel Studios telah mendedahkan yang John Krasinski merupakan antara  pelakon yang disenarai pendek untuk watak berkenaan. Manakala isterinya, Emily Blunt pula merupakan calon pertama yang dipilih oleh Jon Favreau untuk melakonkan watak Natasha Romanoff/ Black Widow dalam filem Iron Man 2. Walau bagaimanapun akibat pertindihan jadual penggambaran, tempatnya digantikan oleh Scarlett Johansson. Beliau juga mendedahkan yang dirinya pernah ditawarkan pula untuk watak ejen Peggy Carter dalam filem Captain America: The First Avenger, namun menolak tawaran berkenaan.
Filem terakhir Fantastic Four ditayangkan pada tahun 2015 dan dibintangi antaranya Miles Teller dan Michael B. Jordan. Walaupun begitu, filem berkenaan diselubungi kontroversi dan menerima kritikan yang agak teruk, dengan mencatatkan kutipan sebanyak USD167 juta sahaja, berbanding kos pembikinan berjumlah USD120 juta. 

Dua filem terdahulu Fantastic Four, iaitu Fantastic Four (2005) dan Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer (2007), mencatatkan kutipan keseluruhan berjumlah USD619 juta di seluruh dunia. 

Gambar Kredit : Backgrid Images

KOMEN

Previous Post Next Post