OK seperti mana yang aku pernah maklumkan kat SINI, filem Iron Man 2 dah pun mula ditayangkan di pawagam Malaysia.

Macam mana ye aku nak sum up everything? Overhyped? Maybe. Overrated? A lil' bit. Tetapi secara keseluruhan, aku puas hati la jugak. Sebab banyak hint untuk filem akan datang, dan cameo yang pada aku hanya fanboy je yang dapat kesan. Tapi aku bukanlah fanboy pun, cuma aku ade la baca jugak pasal Iron Man dan watak-watak dalam Marvel Universe ni. Jom kita tengok di antaranya :

 War Machine : War Machine FTW!!! Watak dalam Iron Man yang memang aku minat gila. Cuma aku tak tau kenapa War Machine ditunjukkan sebagai suit armor yang diupgrade oleh Justin Hammer instead of Tony Stark yang buat. Dan, boleh pulak tiba-tiba Rhodey boleh pakai suit Mark II masa party birthday Tony dan lawan dengan dia, pastu fly away dengan suit tu macam dah biasa pakai sebelum ni. Aik?

Alcoholism : Dalam komik, Tony Stark memang digambarkan sebagai kaki perempuan dan kaki botol. Cuma mungkin untuk filem, tak ditekankan sangat point ni tapi lebih kepada 'palladium poisoning' yang menyebabkan badan dia makin lemah dan berada di ambang maut.

Armor : Mungkin ada yang tak perasan Iron Man ada armor baru dalam filem ni. Selepas Mark I (dlm gua), Mark II (silver color) dan Mark III (gold and red) dalam filem pertama, filem kedua ni menampilkan semula Mark II, Mark V (portable armor) dan Mark VI (triangular chest arc reactor ). Mark II dibina semula oleh Justin Hammer sebagai War Machine (dan boleh dirujuk sbg Mark IV).

Briefcase armor : Ada yang gelak pasal portable armor ni. Sebenarnya ni tribute pada komik tahun 1963 yang mula-mula paparkan briefcase ni sebelum dipaparkan dlm siri kartun Iron Man. The way they portray it? COOOOLLLLNESSS!!!

A tribute to 'Silver Centurion' armor?

Triangular chest arc reactor : disebabkan 'palladium poisoning', Tony Stark mcm dah give up nak hidup. Tapi bila terjumpa video lama ayah dia, dia stumble upon a new power source yang lebih berkuasa dan tak effect badan dia. Dengan terhasilnya triangular chest arc reactor tu, suit yang baru pun direka (Mark VI). That triangle arc reactor kat Mark VI juga tribute to a new kind of armor dlm komik, refers to as 'Extremis Armor'.



Caps shield dari filem pertama

Captain America's shield : Lagi sekali, Vibranium shield Captain America dipaparkan dalam filem ni. Tapi dalam filem ni, belum siap sepenuhnya, walhal dalam filem pertama, walaupun tak secara direct, tapi dah siap sepenuhnya. Macam mana tu?

Thor's hammer : Kalau dah habis tengok, pastikan korang tunggu lepas end credit, sebab ada extra footage. Tapi macam aku tgk kat Alamanda, keluar footage dulu baru end credit. Guess what? Thor'sMjolnir hammer dipaparkan! Hint untuk filem Thor (dijadualkan tahun 2011).


Nick Fury

Nick Fury : Director of SHIELD. Dalam filem pertama, cuma sorang ajen je yang dipaparkan, tapi kali ni, Directornya sendiri keluar. Pada sapa-sapa yg tggu end credit filem pertama, Nick Fury dah keluar masa tu lagi, approach Tony Stark untuk Avengers Initiative.

Avengers Initiative : Pun dah di'hint' dalam filem pertama, tapi dalam filem ni, lagi banyak hint ditunjukkan. Cap's Shield. Thor's hammer. Footage tentera nak tangkap The Hulk di penghujung filem. Cuma ada beberapa anggota Avengers je lagi yang belum dipaparkan. Black Widow (Scarlett Johansson, Natalia Romanoff in the film) pun akan masuk lineup Avengers somewhere in the timeline tapi tak pasti ada ke tak untuk filem Avengers nanti.


Black Widow

Natalia Romanoff aka Black Widow : Not directly addressed as Black Widow dalam filem ni. She's supposed to be Russian, so mesti la cakap dengan accent Russian kan? Tapi tak dalam filem ni. Dan macam mana dia boleh reprogram suit War Machine masa dah hujung-hujung cerita, tapi tak boleh reprogram the robot drones?

Eh, apesal aku dah bunyi macam fanboy je ni? Hahah.

Personally, aku rasa filem kedua agak slow berbanding dengan yang pertama. Banyak scene yang buat aku tertanya-tanya. Tapi the trivia, the hints, the CGI, development of character, pun dah cukup buatkan aku puas hati.

Pada yang dah tengok, apa pendapat korang pulak?

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post