Review Filem Ip Man 2 [2010]

Filem Ip Man ditayangkan pada 2008. Biasalah, mesti layan dengan member-member. Masa tu, aku yang pilih nak tonton filem ni. Masing-masing macam skeptikal kat aku, betul ke filem ni best. Padahal masa tu aku cuma baca review dalam Lowyat.Net je, komen dari orang yang dah tonton filem ni. Yang pasti, masing-masing keluar dari panggung dengan muka puas hati.


Tahun ni, filem sequelnya, Ip Man 2 pulak menemui penonton. Haa kali ni aku layan sorang-sorang je. Err maksudnya bukan la aku sorang dalam panggung tu, cuma aku bukan pegi dengan member la. Masing-masing ada hal, aku selamba je la sorang-sorang.

Ip Man 2 (cara sebutnya YIP Man, bukan Ai Pi Man) bersambung lepas Ip Man kene tembak dalam filem pertama. Dia dan famili melarikan diri dari Foshan ke Hong Kong. Di sana dia berhadapan dengan cabaran nak mulakan sekolah kungfu Wing Chun.

Macam biasa, aku bukan nak buat full review, tapi lebih kepada points yang tertentu je. Antaranya :

Time period : Hong Kong, 1949, masa bawah pemerintahan kolonial Inggeris. Memang dipaparkan the Chinese nampak terkongkong dan 'bertuankan' Inggeris.
Action scene : Superb! Aku taktau la berapa lama masa diorang ambil untuk koreograf babak aksi macam tu. Tapi kalo dah otai macam Sammo Hung sendiri yang koreograf babak action, apa lagi yang nak dikata kan?

Hero : Macam biasa, Donnie Yen kekal sebagai Ip Man, sifu yang sentiasa cool. Dalam keadaan jatuh terduduk (kaya masa sebelum Jepun invade Foshan, lepas tu papa kedana sampai la pindah ke Hong Kong), terpaksa pulak ikat perut sebab sekolah Wing Chun dia takde sambutan, masih maintain coolness dia

Semangat bangsa Cina : Sammo Hung (Sifu Hung) menonjolkan ciri ni masa berlawan dengan Twister. Semangat takmau kalah menyebabkan dia korbankan nyawanya untuk tebus maruah kaum Cina. Tapi aku rasa macam terlalu ditonjol dan dibesar-besarkan pulak.

Twister : Memang bad-ass!! Lakonan hidup dan buatkan orang benci gila-gila dekat mamat ni. Rasa kalo ada depan mata, tahap rasa nak ludah la. Rasa je la. Jahanam kalau ludah betul-betul. Hahah.

Bruce Lee : Masa mula-mula, ramai yang ingat Leung (murid pertama dia) adalah Bruce Lee. Tapi sebenarnya dalam time period ni, Bruce Lee masih kanak-kanak lagi. Masa dah nak ending baru Bruce Lee keluar. Masa tu Ip Man suruh Bruce Lee datang jumpa dia balik bila dia dah besar.

Final verdict? Aku personally rasa, Ip Man 2 lagi best dari Iron Man 2. Tapi aku still enjoy jugak Iron Man 2. Cuma Iron Man 2 macam bersepah sikit jalan ceritanya.

No comments:

Powered by Blogger.