Saksikan Trailer Terakhir Filem Black Widow - Bakal Ditayangkan Mei Ini


Marvel Studios akhirnya telah memperlihatkan trailer terbaharu dan terakhir untuk filem Black Widow, menampilkan beberapa sedutan adegan terbaharu dari filem berkenaan. Saksikan trailer filem Black Widow di bawah :



BERKAITAN: Trailer Terbaharu Filem Black Widow Memperlihatkan Watak Penjahat, Taskmaster

Scarlett Johansson kembali menyambung wataknya sebagai Natasha Romanoff/ Black Widow, yang merupakan seorang perisik dan pembunuh upahan yang dilatih oleh pihak KGB sejak kecil lagi, sebelum akhirnya berpaling tadah dan menjadi salah seorang ejen kepada pasukan S.H.I.E.L.D. dan seterusnya menganggotai pasukan Avengers. Filem Black Widow mengambil latar sebelum kejadian dalam filem Captain America: Civil War dan sebelum filem Avengers: Infinity War.

Selain Johansson, filem Black Widow juga akan menampilkan pelakon seperti David Harbour (sebagai Alexei/ Red Guardian), Florence Pugh (sebagai Yelena Belova), Rachel Weisz (sebagai Melina, dan O-T Fagbenle (sebagai Mason). Manakala watak penjahat utama pula telah disahkan sebagai Taskmaster yang mana dalam komik, Taskmaster mempunyai keupayaan untuk meniru gaya berlawan dan gerakan penyudah lawannya.

BERKAITAN: Bilakah Filem Black Widow Akan Memulakan Penggambaran?

Filem Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland, dan dijadualkan untuk tayangan pada 1 Mei 2020.

KOMEN

Previous Post Next Post