Statham sebelum ini tampil pula dalam filem spin-off bertajuk Hobbs & Shaw bersama-sama Dwayne Johnson (yang melakonkan watak Luke Hobbs).


 Jason Statham bukanlah nama asing dalam filem bercorak aksi. Penampilan awalnya sebagai watak penjahat bernama Deckard Shaw dalam francais filem Fast & Furious membuatkan penonton marah, apabila didedahkan sebagai individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian watak kegemaran ramai, Han dalam filem ketiga francais berkenaan, iaitu The Fast & The Furious: Tokyo Drift. Selepas tampil sebagai penyelamat (dan akhirnya menyebelahi pihak baik) dalam filem Fate of the Furious (filem kelapan), Statham tampil pula dalam filem spin-off bertajuk Hobbs & Shaw bersama-sama Dwayne Johnson (yang melakonkan watak Luke Hobbs).


BERKAITAN: Saksikan Trailer Terbaru Filem Hobbs And Shaw - Spinoff Kepada Watak Dari Filem Fast & Furious

Walaupun dikritik oleh barisan pelakon Fast & Furious asal (terutamanya Tyrese), filem Hobbs & Shaw mencatatkan sambutan menggalakkan di kalangan peminat sehingga menjadi antara filem yang mencatatkan kutipan tertinggi pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, kini dilaporkan yang Statham tidak akan muncul dalam filem Fast & Furious 9. Kenapa? Adakah disebabkan 'pertikaian' dengan Vin Diesel sebelum ini?

Relaks, jangan buat spekulasi. Sebab sebenar Jason tidak kembali untuk filem Fast & Furious 9 adalah kerana pertindihan jadual penggambaran. Dalam satu temubual bersama MTV News, Dwayne Johnson menyatakan yang ketika penggambaran filem Fast & Furious 9 sedang disiapkan, mereka berdua sedang sibuk dengan promosi filem Hobbs & Shaw. Johnson berkata :

“As of now, we’re not in Fast 9 because they’re getting ready to start shooting. But who knows with Fast 10 and down the road, you never know”. 

BERKAITAN: Saksikan Gambar Terbaru Vanessa Kirby Dalam Filem Hobbs & Shaw

Buat masa ini, belum ada pengesahan sama ada sambungan filem Hobbs & Shaw akan dihasilkan ataupun tidak. Jika dilihat dari kutipan filem berkenaan, nampaknya tidak mustahil sekiranya akan ada sambungan untuk filem tersebut. Tambahan pula, Statham sendiri bertindak sebagai penerbit untuk filem pertama Hobbs & Shaw dan berkemungkinan akan bertindak sebagai penerbit untuk filem sambungan nanti (sekiranya ada). Ini mungkin akan menimbulkan masalah kepadanya untuk tampil sebagai pelakon dalam francais filem utama Fast & Furious nanti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post