Saksikan Gambar Terbaru Vanessa Kirby Dalam Filem Hobbs & Shaw

Saksikan Gambar Terbaru Vanessa Kirby Dalam Filem Hobbs & Shaw


Dengan produksi filem spin-off Fast & Furious, iaitu Hobbs & Shaw kini secara rasminya bermula, aktor Dwayne ‘The Rock’ Johnson (Jumanji: Welcome to the Jungle, Skyscraper) telah berkongsikan beberapa gambar terbaru di Instagram peribadinya. Antara gambar terbaru yang dikongsikan ialah gambar aktres Vanessa Kirby (The Crown, Mission Impossible: Fallout), yang akan melakonkan watak Hattie Shaw dalam filem tersebut. Johnson mendedahkan yang Hattie merupakan adik kepada  Deckard Shaw, watak pembunuh upahan yang dilakonkan oleh Jason Statham (The Meg, The Expendables 3). Saksikan pos Instagram tersebut di bawah :



A post shared by therock (@therock) on

Filem ini akan menyambung watak Johnson, iaitu Luke Hobbs, dan Statham, iaitu Deckard Shaw. Filem Hobbs & Shaw ini menampilkan skrip oleh Chris Morgan, yang telah bersama-sama francais ini sejak filem Tokyo Drift pada 2006.

Watak lakonan Johnson, iaitu Hobbs muncul buat pertama kalinya dalam filem Fast Five (2011) dan telah muncul untuk kesemua filem Fast & Furious selepas itu, manakala watak lakonan Statham, Shaw muncul buat pertama kalinya di akhir filem Fast Six (2013) dan juga telah muncul dalam filem  Furious 7 dan The Fate of the Furious. 

Filem spin-off Hobbs & Shaw ini merupakan filem yang berasingan dari siri filem Fast & Furious, di mana filem Fast & Furious 9 akan ditayangkan pada 10April 2020, manakala filem Fast & Furious 10 pula akan ditayangkan pada 2 April 2021.

Idris Elba (The Dark Tower, Avengers: Infinity War) akan melakonkan watak penjahat utama dalam filem Hobbs & Shaw, dan filem ini dijadualkan untuk tayangan pada 2 Ogos 2019.

No comments:

Powered by Blogger.