Trailer Terbaru Filem How To Train Your Dragon: The Hidden World Diperlihatkan



Tidak lama lagi, filem ketiga dan filem terakhir dalam siri filem How To Train Your Dragon, bertajuk How to Train Your Dragon: The Hidden World akan ditayangkan, dan DreamWorks telah menunjukkan trailer terbaru filem How To Train Your Dragon: The Hidden World. Saksikan trailer terbaru filem How To Train Your Dragon: The Hidden World di bawah :


Trailer terbaru itu menunjukkan Hiccup berdepan dengan musuh baru, yang cuba untuk menghapuskan semua naga dari muka bumi. Hiccup menyedari yang satu-satunya cara untuk melindungi makhluk bersayap itu adalah dengan memaksa mereka kembali ke dunia terselindung mereka. 

September lalu, pengarahnya, iaitu Dean DeBlois telah mengesahkan yang filem How To Train Your Dragon: The Hidden World merupakan filem ketiga dan terakhir dalam siri filem tersebut. 

Filem How to Train Your Dragon: The Hidden World telah dijadualkan untuk tayangan pada 1 Mac 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post