Saksikan Trailer Terbaru Filem How to Train Your Dragon: The Hidden World




Kepada peminat dan mereka yang mengikuti filem How To Train Your Dragon dan How To Train Your Dragon 2, ini berita baik buat anda! Universal Pictures dan DreamWorks Animation telah memperlihatkan trailer pertama filem How To Train Your Dragon: The Hidden World, sambungan ketiga francais filem berkenaan. Saksikan trailer filem baru How To Train Your Dragon di bawah :


How To Train Your Dragon: The Hidden World merupakan sambungan kepada filem animasi yang mendapat sambutan yang amat baik di kalangan peminat (termasuk isteri penulis). Watak utama, Hiccup (Jay Baruchel) yang akhirnya mencapai impiannya untuk mewujudkan dunia di mana naga dan manusia boleh saling wujud bersama dengan aman, Kali ini, Hiccup dan naganya, Toothless perlu sekali lagi bergabung tenaga untuk menyelamatkan bangsa manusia dan juga spesies naga dari kemusnahan. 

Dean DeBlois kembali ke kerusi pengarah, dengan watak-watak pemain suara utama iaitu Jay Baruchel (Million Dollar Baby, This Is the End), America Ferrera (Ugly Betty, End of Watch), Kit Harington (Game of Thrones, Pompeii), Cate Blanchett (The House with a Clock in Its Walls, Thor: Ragnarok), Gerard Butler (Den of Thieves, Geostorm), Kristen Wiig (The Last Man on Earth, Ghostbusters), Craig Ferguson (Doc Martin), dan F. Murray Abraham (Homeland, Isle of Dogs).

How To Train Your Dragon: The Hidden World dijadualkan untuk tayangan pada 1 Mac 2019.


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post