Jom Lihat Trailer Filem Animasi Spider-Man: Into The Spider-Verse




Sony Pictures Animation baru sahaja mendedahkan trailer penuh filem animasi terbaru mereka, iaitu Spider-Man: Into the Spider-Verse. Bagi mereka yang mengikuti komik Spider-Man, umum mengetahui bukanlah Peter Parker sahaja yang mempunyai kuasa dan keupayaan Spider-Man. Terdapat jugak watak-watak lain dari universe yang berbeza. Saksikan trailer Spider-Man: Into the Spider-Verse di bawah!


Phil Lord dan Christopher Miller, minda kreatif di sebalik filem The LEGO Movie dan 21 Jump Street, menggunakan kepakaran mereka untuk membawakan visi baru dalam universe Spider-Man Universe, dengan stail visual yang pertama seumpamanya. Spider-Man: Into the Spider-Verse memperkenalkan watak remaja Brooklyn, Miles Morales ke layar perak, dan kemungkinannya keseluruhan Spider-Verse, di mana bukan hanya terdapat seorang sahaja Spider-Man, tetapi ramai lagi dengan kuasa arachnid yang sama.

Spider-Man: Into the Spider-Verse diarahkan oleh Bob Persichetti, Peter Ramsey, dan Rodney Rothman. Skripnya pula diolah oleh Phil Lord.

Filem animasi ini akan ditayangkan di pawagam pada 14 Disember 2018.


Sumber dari SuperheroHype


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post