Selepas menanggguhkan filem How To Train Your Dragon 3 ke 2017, dan seterusnya 2018, kini Dreamworks Animation mengumumkan tarikh baru tayangan filem berkenaan iaitu pada 1 Mac 2019.



The Hollywood Reporter melaporkan Dreamworks Animation secara rasminya mengumumkan penangguhan tarikh tayangan itu pada hari ini. Filem Captain Marvel dan Godzilla 2, kedua-duanya dijadualkan untuk tayangan pada Mac 2019, dijangka menjadi saingan utama kepada filem How To Train Your Dragon 3

Filem How To Train Your Dragon 3 kini dijadualkan untuk tayangan pada 1 Mac 2019, walau bagaimanapun tidak mustahil sekiranya ada lagi perubahan tarikh tayangan jika diambil kira persaingan sengit dari studio perfileman lain pada masa yang sama. Filem animasi versus filem superhero (dari Marvel pulak tu), siapa yang akan menang nanti?

Sumber dari CinemaBlend

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post