Siri TV Marvel's Agents of S.H.I.E.L.D. Disambung Untuk Musim Kelima



ABC dan Marvel Entertainment telah mendedahkan bahawa siri TV Marvel's Agents of S.H.I.E.L.D. akan disambung untuk musim kelima. Pengesahan musim kelima siri TV berkenaan disahkan melalui Twitter produser eksekutifnya, Maurissa Tanchareon. Season finale untuk musim keempat, bertajuk “World’s End,” akan ditayangkan pada 16 Mei hadapan dengan logline rasmi seperti di bawah :


“With the surprising emergence of Ghost Rider, Coulson and the team attempt to stop Aida from ending the world.”

Marvel’s Agents of SHIELD dibintangi Clark Gregg sebagai Phil Coulson, Ming-Na Wen sebagai Melinda May, Chloe Bennet sebagai Daisy Johnson, Iain De Caestecker sebagai Leo Fitz, Elizabeth Henstridge sebagai Jemma Simmons, Henry Simmons sebagai Alphonso “Mack” MacKenzie dan Jason O’Mara sebagai Jeffrey Mace.


“World’s End” ditulis oleh Jeffrey Bell dan diarahkan oleh Billy Gierhart.



Sumber dari Comingsoon.net


No comments:

Powered by Blogger.