Tom Cruise Mengesahkan Sambungan Filem Top Gun Dalam Perancangan

Tom Cruise (Mission: Impossible) telah mengesahkan pembikinan sambungan filem tahun 1986, Top Gun. Ketika ditanya oleh pengacara sebuah rancangan televisyen Australia baru-baru ini, Tom Cruise telah mengesahkan perkara tersebut, dan menyatakan yang penggambaran sambungan filem berkenan berkemungkinan akan dimulakan pada tahun hadapan. Cruise kini dalam jelajah media untuk filem terbaru Universal Pictures, The Mummy.

Sambungan filem arahan Tony Scott pada tahun 1986 itu telah dalam perancangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan Tom Cruise sendiri menyatakan minat untuk kembali membawakan watak Pegawai Udara Amerika Syarikat, Leftenan Pete “Maverick” Mitchell. Penerbit, Jerry Bruckheimer sebelum ini menyatakan yang filem ini akan menumpukan kepada dron kawalan manusia dan juruterbang menjadi profesion yang tidak lagi relevan. 


Top Gun menyambut ulangtahun ke-30 pada tahun lepas dan ia merupakan antara filem yang menaikkan nama Tom Cruise a household name. Pada 2016, penerbit, Jerry Bruckheimer memuat naik di laman Twitter miliknya, gambar beliau bersama Cruise dengan caption, “Just got back from a weekend in New Orleans to see my old friend @TomCruise and discuss a little Top Gun 2.” 


Tiga hari lalu, dia memuatnaik pula komen ini: “In Paris for #PiratesoftheCaribbean press and stopped by the MI:6 set to see TC on the 31st anniversary of Top Gun opening day.” Ini merupakan pengesahan pertama yang diperolehi tentang filem berkenaan.


Sumber dari Comingsoon.net 

No comments:

Powered by Blogger.