Walaupun masih belum disahkan samada pengarah filem Wonder Woman, Patty Jenkins akan kembali ke kerusi pengarah untuk filem keduanya ataupun tidak, Warner Bros. Pictures telahpun mengesahkan bahawa filem Wonder Woman 2 telah ditetapkan untuk tayangan pada 13 Disember 2019. Gal Gadot akan kembali membawakan watak adiwira DC Comics berkenaan. Sehingga kini, Wonder Woman telah mencapai kutipan box office sebanyak USD$740 juta.

Tarikh tayangan filem Wonder Woman 2 adalah filem pertama yang dijadualkan untuk slot tarikh berkenaan, hampir setahun selepas jadual tayangan filem Aquaman (jadual tayangan pada 21 Disember 2018). Peminat Wonder Woman akan dapat menyaksikan watak kesayangan mereka itu dalam filem Justice League yang akan ditayangkan pada 17 November 2017.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post