Alden Ehrenreich Disahkan Sebagai Pembawa Watak Han Solo Yang Baru
Walt Disney Studios dan Lucasfilm secara rasminya telah mengesahkan bahawa Alden Ehrenreich akan membawakan watak Han Solo dalam filem Star Wars yang akan datang. 

Pengumuman itu dibuat di Future Filmmaker Panel, yang menampilkan Kathleen Kennedy (Producer) dan Kiri Hart (Senior Vice President of Development) daripada Lucasfilm, bersama-sama pengarah Rian Johnson (Star Wars: Episode VIII) dan Chris Miller dan Phil Lord (pengarah filem Han Solo Star Wars yang akan datang). Turut ditampilkan adalah penampilan khas John Boyega (Finn), Mark Hamill (Luke Skywalker) dan Carrie Fisher (General Leia Organa) daripada filem Star Wars: Episode VIII.
Lakon layar untuk filem Han Solo ditulis oleh Lawrence Kasdan dan Jon Kasdan dan akan memfokuskan kisah bagaimana Han Solo sebelum bertemu dengan Luke Skywalker dan Obi-Wan Kenobi di Mos Eisley. Adalah disahkan bahawa Chewbacca juga akan turut ditampilkan dalam filem berkenaan. 
Filem Han Solo ini dijadualkan untuk tayangan pada 25 Mei 2018. 

Sumber daripada Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post