Dwayne Johnson Berkongsi Gambar Terbaru Dari Filem Hobbs And Shaw

Kali terakhir Dwayne Johnson berkongsikan gambar untuk filem terbarunya, spin-off Fast & Furious, bertajuk Hobbs And Shaw, penggambaran masih belum dimulakan lagi. Kini, beliau berkongsikan gambar terbarunya dari filem berkenaan bersama Jason Statham.



Masih terlalu awal untuk mendedahkan tentang jalan cerita filem berkenaan, namun dikhabarkan filem tersebut akan lebih `realistik` berbanding filem Fast & Furious.

David Leitch akan bertindak sebagai pengarah untuk filem Hobbs And Shaw. Selain Dwayne Johnson dan Jason Statham, filem tersebut akan turut dibintangi oleh Vanessa Kirby (Mission: Impossible - Fallout) dan Idris Elba sebagai penjahat utama.

Filem Hobbs And Shaw kini sedang menjalani pengggambaran dan dijangka akan ditayangkan 26 Julai 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post