SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Tuesday, October 9, 2018

Filem World War Z 2 Akan Memulakan Penggambaran Pada Jun Tahun Depan

Filem World War Z 2 Akan Memulakan Penggambaran Pada Jun Tahun Depan

Menurut salah seorang penerbitnya, filem World War Z 2 yang merupakan sambungan kepada filem World War Z akan memulakan penggambarannya pada Jun tahun depan. Dan seperti filem terdahulu, ianya masih memfokuskan kepada genre zombie. 


Filem World War Z sebelum ini mencatatkan kutipan sebanyak USD540 juta keseluruhan dengan bajet sebanyak USD190 juta, sudah cukup bagi Paramount Pictures untuk meneruskan penghasilan sambungan filem tersebut. Walau bagaimanapun, penghasilan filem berkenaan tertangguh beberapa tahun sehinggalah pengerusi baru studio berkenaan memulakan tugas pada 2017 dan meneruskan perancangan berkenaan. 

Brad Pitt telah disahkan untuk menyambung kembali wataknya dalam filem terdahulu sebagai Gerry Lane, dan pengarah filem World War Z 2 ialah David Fincher.




No comments:

Post a Comment