Saksikan Trailer Filem Animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal 

Upin Ipin Keris Siamang Tunggal

Filem ketiga Les 'Copaque Production Sdn. Bhd. bertajuk Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal kini sedang disiapkan dan dijadualkan untuk tayangan pada Mac 2019. Trailernya juga boleh ditonton dan dilihat di bawah :


Kisahnya bermula apabila Upin, Ipin, dan kawan-kawan mereka terjumpa keris mistik di stor Tok Dalang yang membuka portal dan membawa mereka terus ke sebuah kerajaan. Semasa cuba mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, mereka tiba-tiba mendapat tugas untuk memulihkan kembali kerajaan tersebut ke zaman kegemilangannya. Dengan bantuan watak-watak dari kisah dongeng dan cerita rakyat Malaysia seperti Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan kawan-kawannya mesti mengatasi beberapa halangan yang ditempuhi sepanjang pengembaraan tersebut, penuh dengan aksi lucu dan sakti.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post