Apa Sudah Jadi Dengan Projek Filem Star Wars: Boba Fett?

Filem solo Boba Fett, yang berkisarkan watak bounty hunter yang terkenal dalam filem Star Wars (walaupun muncul hanya sebentar dalam filem The Empire Strikes Back), memetik kenyataan Pengerusi Lucasfilm, Kathleen Kennedy.



Walau bagaimanapun, perkembangan filem tersebut terhenti selepas prestasi filem Solo: A Star Wars Story yang kurang mendapat sambutan di pawagam, dan memaksa Lucasfilm menilai semula strategi mereka di masa depan. Memandang Solo: A Star Wars Story merupakan filem berkaitan Star Wars pertama yang menyebabkan kerugian, ini menyebabkan lain-lain filem yang berpaksikan watak individu telah dihentikan serta-merta. Ini menyebabkan status filem solo Boba Fett juga menjadi tanda tanya, dan kini secara rasminya ianya diumumkan tidak akan dihasilkan.

Walaupun berita ini mungkin mengecewakan sesetengah peminat Star Wars, satu lagi siri baru berlatarkan kisah Star Wars, iaitu The Mandalorian, yang akan ditayangkan di laman penstriman Disney yang juga membawakan latar cerita yang hampir sama dengan filem solo Boba Fett. Adalah pelik untuk studio berkenaan untuk meneruskan 2 projek yang hampir sama.

Kennedy tidak memberikan komen lanjut mengenai penghasilan filem spin-off lain, seperti filem solo Obi-Wan Kenobi. Walau bagaimanapun, bolehlah dianggap yang filem berkenaan juga telah dibatalkan penghasilannya. Dengan filem Star Wars: Episode IX yang akan ditayangkan pada Disember ini, adalah tidak wajar untuk 'melonggokkan' filem-filem Star Wars dalam jangka waktu yang singkat, yang sudah tentunya akan merosakkan momentum da keterujaan para peminat Star Wars.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post