Saksikan Trailer Terbaru Filem Hobbs And Shaw - Spinoff Kepada Watak Dari Filem Fast & Furious




Seperti mana filem Fast & Furious, trailer filem Hobbs And Shaw juga menjanjikan aksi-aksi yang tidak kurang hebatnya. Saksikan trailer terbaru filem Hobbs and Shaw di bawah :


Filem spinoff dari siri filem Fast & Furious itu menampilkan Dwayne Johnson yang menyambung wataknya sebagai Luke Hobbs dan Jason Statham sebagai Deckard Shaw, yang berganding bahu untuk menghalang ancaman baru, iaitu penjahat utama (dilakonkan oleh Idris Elba) yang menghasilkan tentera super Brixton yang ditingkatkan secara genetik.

BERKAITAN: Saksikan Gambar Terbaru Vanessa Kirby Dalam Filem Hobbs & Shaw


Diarahkan oleh David Leitch dan dibarisi pelakon seperti Vanessa Kirby, Eiza González, Cliff Curtis, Eddie Marsan dan Helen Mirren, filem Hobbs And Shaw akan ditayangkan di pawagam bermula 2 Ogos 2019.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post