Pelakon Train To Busan Disenaraikan Sebagai Pelakon Dalam Filem Terbaharu Marvel Studios

Pelakon berasal dari Korea Selatan, Ma Dong-seok, atau lebih dikenali sebagai Don Lee, dikhabarkan telah tersenarai sebagai pelakon filem baru dari Marvel Studios, iaitu The Eternals, yang memfokuskan kepada kaum manusia kuno yang mempunyai kuasa luarbiasa. 


Pelakon tersebut terkenal melalui penampilannya dalam filem hit tahun 2016 di Korea Selatan, iaitu Train To Busan, yang mendapat pujian pengkritik filem antarabangsa. 

BERKAITAN: Filem The Eternals Akan Memulakan Penggambaran Pada September 2019?

Filem The Eternals akan diarahkan oleh Chloe Zhao, dengan skrip ditulis oleh Matthew dan Ryan Firpo, dan CEO Marvel Studios, Kevin Feige sebagai penerbit.

Dicipta oleh legenda komik Jack Kirby pada 1976, Eternals merupakan bangsa manusia kuno yang dicipta jutaan tahun dahulu oleh entiti kosmik bergelar Celestials.

Menurut ComicVine, Celestials telah menggandakan evolusi beberapa subjek ujikaji mereka dan memberikan mereka keupayaan genetik untuk memanipulasi tenaga kosmik, dengan beberapa keupayaan luarbiasa. Jalan ceritanua akan memfokuskan kepada watak Eternal wanita iaitu Sersi, yang khabarnya akan dilakonkan oleh Angelina Jolie.


Memetik kenyataan Feige kepada TheWrap, “We have started working on what are the films post-phase 3,” merujuk kepada Fasa 4 siri filem Marvel dalam kerangka Marvel Cinematic Universe. 

Selain Train To Busan, Ma Dong-seok sebelum ini turut tampil dalam filem-filem seperti The Outlaws, Champion, dan Unstoppable.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post