Pengarah Bumblebee Akan Mengarahkan Filem The Six Billion Dollar Man!

Selepas hampir separuh dekad, pelakon Mark Wahlberg kini mungkin mendapat peluang untuk melakonkan watak Steve Austin, yang dipopularkan melalui siri TV The Six Million Dollar Man!


Menurut Variety, pengarah filem Bumblebee, Travis Knight telah menandatangani perjanjian untuk mengarahkan filem The Six Billion Dollar Man yang mengambil inspirasi dari siri TV The Six Million Dollar Man yang popular sekitar tahun 70-an dan 80-an dulu.


Pada tahun 1973, pelakon Lee muncul memegang watak utama dalam siri TV The Six Million Dollar Man TV sebagai Kolonel Steve Austin. Selepas kerjaya gemilang sebagai angkasawan, Austin terlibat dalam kemalangan serius dan memerlukan rawatan rapi. Nyawa Austin diselamatkan dengan bantuan implan bionik berteknologi tinggi yang memberikannya kelebihan luarbiasa. Untuk membalas kembali 'pelaburan' yang telah dibuat untuk menyelamatkan nyawanya, Steve bertugas sebagai ejen rahsia untuk OSI (Office of Scientific Intelligence). Siri TV itu bertahan untuk 5 musim di saluran ABC, malah turut mempunyai siri TV sampingan iaitu The Bionic Woman.


Mengambil kira kadar matawang sekarang, versi filemnya kini diberi tajuk The Six Billion Dollar Man, di mana pengumuman penglibatan Wahlberg telah dilakukan sejak 2014 lagi. Walau bagaimanapun, perbezaan sisi kreatif dan penangguhan menyebabkan filem ini ditunda. 

Filem The Six Billion Dollar Man masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi. Dengan pengumuman ini, berkemungkinan projek filem ini akan memulakan produksi tidak lama lagi. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post