Sedutan Filem Avengers: Endgame Bocor Di Laman Media Sosial?

Hanya beberapa hari sahaja lagi filem Avengers: Endgame akan ditayangkan di pawagam, dan kami pun di antara mereka yang telahpun membeli tiket awal untuk tayangan filem yang paling kami nantikan tahun ini. Walau bagaimanapun, pengalaman menonton filem tersebut mungkin bakal terjejas apabila sedutan filem Avengers: Endgame dikhabarkan telah 'bocor' di laman media sosial.


Ada pihak tidak bertanggungjawab telah berkongsi sedutan filem berkenaan di laman sosial seperti Instagram and Twitter. Walaupun bukanlah filem penuh, perkongsian itu khabarnya cukup untuk membocorkan jalan cerita utama filem Avengers: Endgame. Masih tidak dapat dipastikan dari mana sedutan itu diperolehi.

Perkongsian tersebut sudah tentunya akan mengganggu mereka yang menantikan full cinematic experience menonton Avengers: Endgame minggu hadapan. Malahan beberapa pengguna media sosial juga telah mula menyekat beberapa kata kunci berkaitan filem tersebut, di samping memberi amaran kepada pengguna media sosial yang lain tentang sedutan filem berkenaan.

Pengarah bersama, Anthony dan Joe Russo, juga telah menasihatkan para penonton untuk mengelakkan diri dari berkongsi sedutan filem Avengers: Endgame melalui surat di bawah :


Oleh itu, kami juga menyeru para peminat filem amnya, terutama peminat filem Marvel, untuk mengelakkan diri dari berkongsi sedutan filem Avengers: Endgame di laman sosial masing-masing. Ye, kami tahu, semuanya excited dan tak sabar nak menonton filem Avengers: Endgame. Jika kalian dah menonton atau terlihat video tersebut, simpan sahaja untuk pengetahuan kalian. Jangan merosakkan  cinematic experience penonton lain dengan perkongsian anda.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post