Saksikan Trailer Pertama Filem Star Wars: Episode IX - Diberi Tajuk The Rise Of Skywalker


Dalam acara Star Wars Celebration baru-baru ini, semasa sesi panel Star Wars Episode IX, pengarah J.J. Abrams telah mendedahkan trailer pertama filem Star Wars Episode IX. Saksikan teaser trailer tersebut di bawah : 


Melalui trailer tersebut, tajuk filem Star Wars Episode IX itu didedahkan sebagai The Rise of Skywalker.

Pengakhiran trailer tersebut juga menandakan kembalinya watak penjahat klasik Star Wars. Siapakah dia yang dimaksudkan? Lihatlah sendiri trailer filem Star Wars Episode IX untuk mengetahuinya.


Pelakon seperti Mark Hamill, Billy Dee Williams, dan Anthony Daniels akan kembali untuk filem Star Wars Episode IX. Mendiang Carrie Fisher pula akan muncul melalui klip video yang belum digunakan sebelum ini, yang telah dirakam sebelum kematiannya. Daisy Ridley, John Boyega, Oscar Isacc, Kelly Marie Tran, Adam Driver, Domhnall Gleeson, dan Billie Lourd turut akan menyambung watak mereka, manakala Lupita Nyong’o akan bertindak sebagai penyumbang suara watak Maz Kanata.

Filem Star Wars Episode IX: The Rise of Skywalker dijadualkan untuk tayangan pada 20 Disember 2019.

Apa pandangan anda tentang trailer filem Star Wars Episode IX: The Rise Of Skywalker? Kongsikan di ruangan komen di bawah.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post