Trailer Terbaharu Filem Black Widow Memperlihatkan Watak Penjahat, Taskmaster


Dalam acara perlawanan American football melibatkan pasukan Clemson Tigers dan LSU Tigers di saluran ESPN semalam, penonton telah diperlihatkan dengan trailer terbaharu filem Black Widow yang menampilkan watak penjahat utama, iaitu Taskmaster. Dalam komik, Taskmaster mempunyai keupayaan untuk meniru gaya berlawan dan gerakan penyudah lawannya. Kini trailer berkenaan boleh disaksikan di bawah :



BERKAITAN: Saksikan Trailer Pertama Filem Black Widow - Natasha Romanoff Kembali Dalam Filem MCU

Scarlett Johansson kembali menyambung wataknya sebagai Natasha Romanoff, yang merupakan seorang perisik dan pembunuh upahan yang dilatih oleh pihak KGB sejak kecil lagi, sebelum akhirnya berpaling tadah dan menjadi salah seorang ejen kepada pasukan S.H.I.E.L.D. dan seterusnya menganggotai pasukan Avengers. Filem Black Widow mengambil latar sebelum kejadian dalam filem Captain America: Civil War dan sebelum filem Avengers: Infinity War.

Selain Johansson, filem Black Widow juga akan menampilkan pelakon seperti David Harbour (sebagai Alexei/ Red Guardian), Florence Pugh (sebagai Yelena Belova), Rachel Weisz (sebagai Melina, dan O-T Fagbenle (sebagai Mason).

BERKAITAN: Bilakah Filem Black Widow Akan Memulakan Penggambaran?

Filem Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland, dan dijadualkan untuk tayangan pada 1 Mei 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post