Saksikan Trailer Pertama Filem Morbius - Watak Vampire Dari Komik Marvel


Sony Pictures baharu sahaja memperlihatkan trailer pertama filem Morbius, yang merupakan antara watak penjahat terbaharu dari panel komik Spider-Man yang muncul dalam filem solonya sendiri. Filem berkenaan mengisahkan watak Michael Morbius, yang menderita akibat penyakit genetik berkaitan darah. Satu hari, beliau seakan telah menemui penawar kepada penyakitnya itu, tetapi perkara lain yang berlaku apabila 'penawar' berkenaan telah memberikannya simptom seakan vampire (pontianak), dan memberikannya kuasa luarbiasa dan dahagakan darah manusia.

Saksikan trailer pertama filem Morbius di bawah :



BERKAITAN : Sony Mendedahkan Tarikh Tayangan Filem Morbius (The Living Vampire)!

Di penghujung trailer filem Morbius berkenaan, terdapat kejutan apabila munculnya watak dari dunia filem MCU, iaitu Vulture (yang sebelum ini muncul dalam filem Spider-Man: Homecoming yang berinteraksi dengan Morbius. Adakah ini petanda watak-watak penjahat berkenaan akan mewujudkan pasukan penjahat dikenali sebagai Sinister Six? Apatah lagi, khabar angin berkaitan filem Sinister telahpun berlegar sebelum ini, dan ada diberi bayangan dalam filem The Amazing Spider-Man, satu lagi filem terbitan Sony Pictures.

Morbius merupakan filem adaptasi terbaharu terbitan Sony Pictures dan diadaptasi dari watak Marvel Comics, Morbius the Living Vampire. Filem Morbius diarahkan oleh Daniel Espinosa. Watak Morbius muncul buat pertama kali dalam komik “Amazing Spider-Man” #101 pada tahun 1971.

Selain filem Morbius, Sony juga mempunyai perancangan khusus untuk filem-filem berkait watak-watak dari dunia komik Spider-Man yang lain, seperti Silk, Nightwatch, Black Cat, and Silver Sable.

Filem Morbius akan ditayangkan di pawagam bermula 31 Julai 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post