Sony Mendedahkan Tarikh Tayangan Filem Morbius (The Living Vampire)!

Deadline melaporkan yang Sony Pictures baru sahaja mengumumkan filem terbaru (spin-off Spider-Man) dalam senarai filem Marvel kelolaan Sony, iaitu Morbius telah dijadualkan untuk tayangan pada 31 Julai 2020!

Pemenang Anugerah Oscar, Jared Leto (Suicide Squad, Dallas Buyers Club) akan memegang watak utama sebagai Morbius, dan akan turut dibintangi oleh Adria Arjona (Pacific Rim: Uprising, Good Omens) dan Matt Smith (The Crown,Doctor Who).


Morbius merupakan filem adaptasi Sony untuk watak anti-hero Marvel, iaitu Morbius the Living Vampire. Filem Morbius diarahkan oleh Daniel Espinosa (Life, Safe House) dan skrip oleh Burk Sharpless dan Matt Sazama, berdasarkan watak komik Marvel hasil karya Roy Thomas dan Gil Kane yang membuat kemunculan pertama dalam komik Amazing Spider-Man #101.

Menurut komik, Dr. Michael Morbius pada awalnya merupakan seorang saintis yang cuba menyembuhkan penyakit darahnya, sebelum eksperimen yang dilakukan ke atas dirinya sendiri menyebabkannya bertukar menjadi vampire yang mempunyai kekuatan luarbiasa, mempunyai taring dan dahagakan darah. Watak tersebut bertembung beberapa kali dengan Spider-Man, dan seterusnya mempunyai siri komiknya sendiri yang menonjolkan sisi anti-heronya. Sebelum ini, watak Morbius pernah muncul dalam siri TV Spider-Man: The Animated Series dan Ultimate Spider-Man Vs The Sinister Six.

Arad dan Tolmach akan bertindak sebagai penerbit filem Morbius. Filem Morbius merupakan salah satu dari beberapa filem spin-off Spider-Man yang dihasilkan oleh Sony, selain dari filem Silk, Nightwatch, Black Cat, dan Silver Sable.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post