Perancangan Filem Sambungan Robocop Kini Diteruskan!


Perancangan Filem Sambungan Robocop Kini Diteruskan!


Sejak filem asal RoboCop (1987), filem-filem susulan selepasnya mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan. Walaupun terdapat percubaan untuk reboot semula dengan penghasilan filem Robocop (2014), ianya mendapat reaksi yang bercampur-campur di kalangan penonton filem. Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang MGM untuk terus cuba menghidupkan semula francais filem Robocop, di mana pada tahun lepas mereka telah mengumumkan projek terbaru mereka, iaitu RoboCop Returns. Neil Blomkamp akan mengarahkan filem itu berdasarkan skrip oleh penulis skrip RoboCop asal, iaitu Ed Neumeier dan Michael Miner. Ketika ditemubual oleh HN Entertainment, Neumeier menerangkan : 

“Neill Blomkamp and his screenwriter Justin Rhodes have done a pass on the script we were writing on and they’re doing another one. It is a slightly different concept in some ways than we were originally doing. I don’t want to talk too much about it…but we’re hopeful and I think Neill really really wants to make a good RoboCop movie. His idea is that it should be the proper Verhoeven, if Verhoeven had directed a movie right after RoboCop. I think that’s what he is trying to achieve and I hope he does. We’ll see what happens next.”

Neumeier turut menyatakan kemunginan untuk membawa semula Peter Weller untuk filem baru tersebut :

“As you know from the press that Neill Blomkamp wants to bring back Peter Weller back and what you get when you do that if you use the DNA of the old property in the new is that you get something that shares continuity and fans can embrace the brand,” observed Neumeier.

“It’s not too different and what you realize is that when I was sitting and writing 30 years later, rewriting, the second draft of our sequel to RoboCop, which was called The Corporate Wars at the time and is now called RoboCop Returns, added Neumeier. “I kept hearing Peter’s voice, you know, Peter adds a lot to that.”

Filem asal Robocop (1987) yang diarahkan oleh Paul Verhoeven, menampilkan Peter Weller sebagai pegawai polis Alex Murphy, yang dibunuh dengan kejam ketika bertugas sebelum kemudiannya dihidupkan semula sebagai cyborg pembanteras jenayah iaitu Robocop. Filem itu mencatatkan kutipan sebanyak USD53 juta di box office dan tiga pencalonan Oscar. Weller kembali dalam filem sambungan, RoboCop 2 (1990), diarahkan oleh Irvin Kershner namun hanya mencatatkan kutipan USD45 juta. RoboCop 3 telah siap pada 1991, namun hanya ditayangkan pada 1993 disebabkan oleh kebangkrapan Orion Pictures, namun mencatatkan kutipan yang lebih rendah iaitu hanya USD10 juta. 

No comments:

Powered by Blogger.