SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Friday, January 31, 2014

[KLIPS] Review Filem Robocop (2014)

Kali ini kami mendapat peluang lagi menonton premiere screening untuk review filem Robocop (2014) di TGV KLCC. Terima kasih kepada KLIPS untuk peluang ini.


Filem Robocop ini direboot dari filem Robocop (1987) arahan Paul Verhoeven yang kali ini Robocop ini tampak lebih cergas dan lebih 'ringan' berbanding filem terdahulu. Watak Alex Murphy dikekalkan dengan sedikit pengubahsuaian jalan cerita, sesuai mengikut peredaran masa.

Berlatarbelakang tahun 2028, Alex Murphy (lakonan Joel Kinnaman) seorang suami dan ayah yang penyayang, juga polis yang berdedikasi dan rakannya menyiasat satu kes penyeludupan senjata dan korupsi dalaman yang akhirnya memakan dirinya sendiri. Pembunuhannya dirancang oleh ketua penyeludupan senjata, Antoine Vallon (Patrick Garrow) yang dibantu oleh dua rakan polis korup yang meletakkan bom di keretanya.


Kebetulan Omnicorp yang diterajui oleh Raymond Sellars (Michael Keaton) menginginkan robot yang dikawal oleh manusia dalam usahanya mengukuhkan industri robotik ketenteraan miliknya Ini kerana walaupun ianya digunakan oleh pasukan military, ianya tidak diterima oleh rakyat Amerika sendiri dan Majlis Senat. Mengambil peluang dari kemalangan yang menimpa Murphy, Omnicorp mencipta satu cyborg dengan dibantu oleh Dr. Dennet Norton (Gary Oldman).

Walaupun diubah menjadi cyborg, tetapi Murphy masih mempunyai memori lampau dan masih mampu mengingati malam kejadian yang menimpanya dan menyimpan dendam untuk memburu suspek utama kes tersebut. Konflik ditambah apabila melibatkan isteri Clara (Abbie Cornish) dan anaknya David (John Paul Ruttan) yang ditegah berjumpa dengannya.

Sedikit trivia daripada filem ini :

1. Penampakkan model Robocop lama semasa pembentangan design baru Robocop.

2. Musuh lama Robocop, ED-209 juga ada di dalam filem ini.

3. Sedikit scene yang sinis, "Ini bukan manusia yang dirobotkan, tetapi robot yang perasan dirinya Alex Murphy.."

4. Robocop 'hang' kerana banyak data jenayah dimasukkan.

Dapatkah Omnicorp meyakinkan rakyat Amerika dan Majlis Senat untuk menggunakan robot sebagai pengganti polis di negara mereka sendiri? Dapatkah Robocop menyelesaikan kes pembunuhannya sendiri?

Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam bermula 30 Januari 2014. Kami berikan 8/10 bintang untuk filem ini.

review oleh @ruzaimee

No comments:

Post a Comment