Muka Depan Majalah Empire Memaparkan Robot Sentinel Dari Filem X-Men:Days Of Future Past

image
Majalah Empire telah berkongsi muka depan edisi khas majalah mereka yang menampilkan 25 gambar terpilih dari filem X-Men: Days Of Future Past. Antara yang kelihatan adalah watak robot pemburu mutant, Sentinel.

Seperti mana yang pernah kami kongsikan sebelum ini, filem X-Men: Days Of Future Past menampilkan jalan cerita berkaitan time travel dan menemukan pelakon dari trilogi asal X-Men dan juga dari filem X-Men: First Class.

Melihatkan kepada rupa akhir robot Sentinel ini, kami agak skeptikal dengan filem ini nanti. Sentinel nampak agak rapuh dan tak menonjol sebagai robot pemburu mutant. Apatah lagi dengan pilihan warna ungu yang dipilih, walaupun cuba untuk mengikut tema daripada komik.

Lain-lain muka depan majalah Empire edisi khas ini boleh dilihat di laman Comingsoon.net.

No comments:

Powered by Blogger.