Sebelum tayangannya tidak lama lagi, trailer ketiga dan terakhir filem baru Robocop (2014) telahpun boleh ditonton. Seperti mana yang pernah kami kongsikan sebelum ini, filem baru Robocop ini merupakan versi remake daripada filem original Robocop yang pertama kali ditayangkan pada tahun 1987.



Filem Robocop (2014) ini masih mengekalkan watak Alex Murphy sepertimana filem-filem terdahulu, tapi ceritanya diolah semula mengikut kesesuaian semasa. Berlatarbelakangkan tahun 2028, Alex Murphy merupakan seorang polis yang berdedikasi sebelum satu letupan menyebabkannya mengalami kecacatan. Omnicorp, syarikat yang membekalkan teknologi robotik, mengambil peluang ini untuk bereksperimen di mana manusia dan mesin bergabung menjadi Robocop.

Filem Robocop (2014) ini akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 30 Januari 2014 nanti. Tak sabar kami menantikan tarikh tayangan nanti. Nak tengok apa perbezaannya antara Robocop lama dengan Robocop versi remake ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post