Disney Dilaporkan Menjenamakan Semula 20th Century Fox Dan Fox Searchlight


Akhirnya suatu era berakhir secara rasmi, apabila dilaporkan yang susulan pengambilalihan studio perfileman 20th Century Fox oleh Disney, kini Disney telah menjenamakan semula 20th Century Fox sebagai 20th Century Studios, manakala Fox Searchlight kini akan dikenali sebagai Searchlight Pictures. Nasib baik elemen utama dari logo studio sebelum ini masih dikekalkan, termasuklah imej lampu tumpu yang sinonim dengan logo 20th Centruy Fox selama ini.

BERKAITAN: Disney Mengumumkan Pembelian 20th Century Fox Dan 20th Century Fox Television: X-Men Bakal Muncul Dalam Marvel Cinematic Universe (MCU)?

Walaupun begitu, masih belum ada persetujuan mahupun ketetapan dibuat berkaitan penjenamaan semula 20th Century Fox Television dan Fox 21 Television Studios. Sumber menyatakan yang penjenamaan semula ini adalah sebahagian proses untuk menjarakkan Disney daripada entiti yang dikawal oleh Lachlan Murdoch, iaitu Fox News dan saluran penyiaran Fox.

Walaupun bukanlah perkara aneh untuk penjenamaan semula jenama selepas pengambil alihan syarikat lain, namun bagi jenama yang dikenali sejak 84 tahun lalu, jenama 20th Century Fox itu sendiri amat dekat di hati peminat filem. Jenama 20th Century Fox bermula pada tahun 1935 apabila  Twentieth Century Pictures milik Joseph Schenck dan Darryl F. Zanuck, bergabung dengan Fox Films milik Sidney Kent. Manakala Tom Rothman pula telah menubuhkan Fox Searchlight untuk filem-filem bebas pada 1994.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post