Saksikan Poster Dan Trailer Filem Terbaharu Vin Diesel, Bertajuk Bloodshot


Selepas selesai meminjamkan suaranya untuk watak Groot dalam filem Avengers: Endgame, kini Vin Diesel kembali dengan filem terbaharunya. Bertajuk Bloodshot, kini ditampilkan poster terbaharu filem berkenaan, yang mana merupakan adaptasi dari siri komik terbitan Valiant Comics. Saksikan poster filem Bloodshot di bawah :


Manakala trailer filem Bloodshot pula boleh dilihat di bawah :



Hasil karya Kevin Van Hook, Don Perlin, dan Bob Layton, Bloodshot mengisahkan tentang seorang bekas anggota tentera bernama Ray Garrison yang telah terbunuh, namun dihidupkan semula dengan kecanggihan teknologi terbaharu dari Rising Spirit Technologies, menjadikannya dirinya kini dipenuhi dengan berbilion nanobot yang meningkatkan keupayaannya. Ini membooehkannya menjadi seorang tentera yang ulung, yang mampu sembuh sendiri dari sebarang kecederaan, bertukar rupa dan berinteraksi dengan teknologi. Ray, atau dikenali dengan nama Bloodshot, terpaksa berhadapan dengan kehilangan memori kekal, menyebabkannya bergelut untuk mengingat kembali siapakah dirinya yang sebenar.

Selain Vin Diesel, filem Bloodshot turut dibintangi oleh Toby Kebbell, Sam Heughan, Eiza Gonzalez, Talulah Riley, Johannes Haukur Johannesson, Lamorne Morris, Guy Pearce dan Alex Hernandez.

Filem Bloodshot diarahkan oleh Dave Wilson dan akan ditayangkan pada 13 Mac 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post