Filem Captain Marvel 2 Disahkan Dalam Perancangan, Tanpa Pengarah Filem Terdahulu

Sebagai salah satu filem yang memecahkan rekod kutipan melepasi USD1.1 bilion, sememangnya semua orang menantikan pengumuman Marvel Studios untuk sambungan terhadap filem tersebut. Kini, The Hollywood Reporter (THR) telah melaporkan yang filem Captain Marvel 2 kini secara rasminya telah dalam perancangan!


Menurut berita yang dilaporkan, penulis untuk siri Disney+ WandaVision, Megan McDonnell telah dipertanggungjawabkan untuk menggarap skrip filem Captain Marvel 2. Walau bagaimanapun, pengarah filem pertama, Anna Boden dan Ryan Fleck, dikhabarkan tidak akan kembali ke kerusi pengarah untuk filem Captain Marvel 2 kerana Marvel Studios dilaporkan ingin mencari pengarah filem wanita solo untuk filem berkenaan.

Masih belum ada plot cerita mahupun sinopsis awal untuk filem Captain Marvel 2, dan adakah filem itu akan menyambung vibe era 90-an yang ditampilkan dalam filem pertama, ataupun berkisar tentang sela masa antara filem Captain Marvel sehingga membawa kepada insiden dalam filem Avengers: Endgame. Sudah tentunya Brie Larson akan menyambung wataknya sebagai Carol Danvers/ Captain Marvel.

Filem Captain Marvel 2 dikhabarkan untuk ditayangkan pada tahun 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post