Legenda Bola Keranjang, Kobe Bryant Terkorban Dalam Nahas Helikopter

BBC News telah melaporkan yang legenda bola keranjang, Kobe Bryant dan anak perempuannya, Gianna merupakan antara 9 orang yang terkorban dalam nahas helikopter di bandar Calabasas, California.


Bryant, 41, dilaporkan sedang dalam perjalanan menaiki helikopter peribadi itu sebelum ianya terhempas dan terbakar, dan dimaklumkan tiada mangsa terselamat dalam kejadian malang itu.

Bryant merupakan juara NBA sebanyak 5 kali dan dianggap sebagai antara ahli sukan terbaik dalam sukan bola keranjang.

Susulan kejadian tersebut, bintang sukan dan rakan selebriti turut berkongsikan kesedihan mereka di laman sosial.

NBA turut mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan insiden itu, seperti di bawah :

Sheriff Alex Villanueva menyatakan berdasarkan rekod penerbangan, 9 orang dilaporkan menaiki helikopter malang itu. 

Sepanjang kariernya selama 20 tahun, Bryant beraksi dengan pasukan Los Angeles Lakers. Beliau bersara pada April 2016.
Pencapaian terbaiknya termasuklah NBA Most Valuable Player (2008) dan 2 kali juara Olympic. 

Dalam bidang lakonan pula, beliau telah memenangi anugerah Oscar bagi kategori Best Short Animated Film pada 2018 melalui filem pendek Dear Basketball.

Bryant meninggalkan isteri, Vanessa, dan 3 orang lagi anak perempuan, iaitu Natalia, Bianca dan Capri.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post