Filem The Batman Dilaporkan Telah Memulakan Penggambaran

Pengarah Matt Reeves telah mengumumkan yang filem terbaharu arahannya, iaitu The Batman telahpun memulakan penggambaran, dengan teraju utama selaku Bruce Wayne/ Batman dilakonkan oleh Robert Pattinson. Sejak beberapa tahun lalu, Warner Bros. dan DC Films telah berusaha untuk menghasilkan semula filem solo Batman. Filem yang pada awalnya akan diarahkan (dan dilakonkan) oleh Ben Affleck itu kini diambil alih oleh Matt Reeves dan sekali lagi memperkenalkan versi terbaharu Bruce Wayne/ Batman ke layar perak.

BERKAITAN: Telah Rasmi, Robert Pattinson Merupakan Batman Terbaharu!


Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kami jua giat melaporkan pengumuman tentang barisan pelakon yang bakal membintangi filem The Batman ini, seperti penampilan Zoë Kravtiz sebagai Catwoman, Paul Dano sebagai Riddler, dan Colin Farrell sebagai Penguin.

BERKAITAN: Catwoman Bakal Muncul Dalam Filem The Batman?

Reeves telah berkongsikan tentang berita mulanya penggambaran filem The Batman melalui laman Twitter peribadinya. Walau bagaimanapun, pengumuman tersebut tidak mendedahkan lebih lanjut tentang plot mahupun sinopsis filem The Batman. Senarai penuh pelakon filem The Batman juga masih belum didedahkan kepada umum, berbanding satu lagi filem berdasarkan watak komik DC, iaitu filem The Suicide Squad arahan James Gunn yang telahpun mengumumkan barisan penuh pelakonnya walaupun masih belum memulakan penggambaran.

BERKAITAN: Colin Farrell Dipilih Sebagai Pelakon Watak The Penguin Dalam Filem The Batman

Bagi kami yang merupakan peminat watak Batman, sebenarnya kami agak penat dengan Warner Bros. dan DC Comics yang sepertinya seolah tiada arah tuju tentang penghasilan filem mereka. Sudah beberapa kali versi filem Batman yang ditampilkan, dengan jalan cerita yang hampir sama ditampilkan, terutamanya adegan kematian ibubapa Bruce Wayne di awal filem. Apatah lagi dengan gaya pengarahan yang kerap berubah, dan kegagalan DC mewujudkan dunia filem seperti mana dilakukan oleh komik Marvel dan Marvel Studios. Walaupun komik DC cemerlang apabila ditampilkan dalam versi animasi (kartun), namun sebaliknya bila melibatkan aksi di layar perak.

Adakah perkara ini akan berubah dengan penghasilan filem The Batman? Sama-sama kita nantikan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post