Colin Farrell Dipilih Sebagai Pelakon Watak The Penguin Dalam Filem The Batman

Ketika peminat filem menantikan pengumuman rasmi pemilihan pelakon untuk filemnya, pengarah Matt Reeves telah menggunakan akaun Twitter peribadinya untuk mengumumkan pemilihan Colin Farrell sebagai pelakon watak Oswald Cobblepot, ataupun lebih dikenali sebagai The Penguin, dalam filem terbaharunya iaitu The Batman. Filem berkenaan kini sedang menjalani proses penggambaran di London.


BERKAITAN: Telah Rasmi, Robert Pattinson Merupakan Batman Terbaharu!

Farrell bukanlah asing terhadap penghasilan filem superhero, kerana pernah melakonkan watak penjahat Bullseye dalam filem Daredevil sebelum ini. Selain Farrell, filem The Batman dibarisi oleh bintang filem seperti Robert Pattinson (memegang watak Batman/ Bruce Wayne), Zoe Kravitz sebagai Selina Kyle/Catwoman, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Paul Dano sebagai the Riddler.

Dikatakan yang filem The Batman arahan Reeves ini memfokuskan kepada watak Batman yang menggunakan kepakaran penyiasatan dan pengalamannya sehingga mendapat gelaran "world’s greatest detective".

BERKAITANBilakah Filem The Batman Akan Ditayangkan Kepada Umum?

Filem The Batman telahpun memulakan penggambaran pada bulan ini, dan dijadualkan untuk tayangan pada 25 Jun 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post