Todd Phillips Mahukan Filem The Batman Disesuaikan Dengan Latar Filem Joker Arahannya

Walaupun mencatat kutipan memberangsangkan, pengarah filem Joker, Todd Phillips masih belum mengesahkan penghasilan sambungan filem tersebut. Malahan pelakon utamanya, Joaquin Phoenix juga menolak kemungkinan untuk kembali dalam filem Joker 2 (sekiranya filem Joker 2 dihasilkan). Walaupun begitu, Phillips menyatakan minat beliau untuk meneroka lagi Gotham City versi filemnya, dan kali ini menyuarakan hasrat beliau untuk menyaksikan Batman muncul dalam garis masa yang sama dengan filem Joker



Ketika ditemuramah oleh Variety, Phillips sekali lagi ditanya tentang kemungkinan menyambung watak Arthur Fleck dalam filem Joker. Beliau tidak mengesahkan mahupun menafikan kemungkinan tersebut, namun ada menyatakan yang latar bandar Gotham dalam filemnya itu merupakan medan yang sesuai untuk memperkenalkan semula watak-watak terkenal dari panel komik DC (dan kemungkinan mewujudkan semula DCEU?). Umum mengetahui yang DCEU tidaklah mencapai hasil yang diharapkan berbanding MCU.

Memetik kenyataan Phillips, beliau berkata : 

“It’s a beautiful Gotham. What I would like to see someone tackle is what Batman looks like from that Gotham. I’m not saying I’m going to do that. What was interesting to me about the inclusion of Batman in our movie was, ‘What kind of Batman does that Gotham make?’ That’s all I meant by that.”
Sebagai rekod, filem Joker berakhir dengan kelibat seorang penyerang bertopeng menyerang dan membunuh ibubapa Bruce Wayne ketika huru-hara yang dicetuskan oleh Arthur. Warner Bros. juga telahpun memilih untuk reboot semula francais filem Batman dengan Robert Pattinson memegang watak utama.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post