Filem Solo Joker Lakonan Joaquin Phoenix Dilaporkan Selesai Penggambaran!

Selepas 3 bulan menjalani penggambaran di bandaraya New York, penggambaran filem solo Joker, arahan Todd Phillips kini dilaporkan telahpun selesai. Berita tersebut dilaporkan melalui gambar set dari Daily Mail (melalui Comic Book), menampilkan Joaquin Phoenix sebagai Joker/Arthur Fleck di samping Zazie Beetz (melakonkan watak Sophie Dumond).


Filem Joker turut dibintangi oleh Bill Camp (Red Sparrow, Molly’s Game), Frances Conroy (American Horror Story, Castle Rock), Brett Cullen (42, Narcos), Glenn Fleshler (Billions, Barry), Douglas Hodge (Red Sparrow, Penny Dreadful), Marc Maron (Maron, GLOW), Josh Pais (Motherless Brooklyn, Going in Style), dan Shea Whigham (First Man, Kong: Skull Island).

Filem Joker mengisahkan tentang watak penjahat dan musuh utama Batman, dan merupakan filem standalone yang tidak pernah dipaparkan di layar perak sebelum ini.

Filem Joker diarahkan oleh Todd Phillips yang turut menulis lakon layar bersama-sama Scott Silver, berdasarkan watak dari DC Comics.

Filem Joker dijadualkan untuk tayangan pada 4 Oktober 2019, dan akan diedarkan oleh Warner Bros. Pictures.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post