Siri Star Trek Berkisarkan Watak Jean-Luc Picard Akan Ditayangkan Penghujung 2019

Star Trek diakui ramai sebagai satu siri yang mempunyai pengikutnya tersendiri dan dunia yang sangat meluas, merentasi galaksi. Filem-filem dan siri TV Star Trek seringkali menjadi tumpuan para peminat yang menggelarkan diri mereka "Trekkie". Kini, satu lagi siri akan dihasilkan, yang berkisarkan watak Kapten Jean-Luc Picard dari siri TV Star Trek: The Next Generation, dengan pelakon veteran Patrick Stewart kembali ke kerusi kapten untuk melakonkan watak berkenaan. 

CBS/ Getty Images

Menurut laporan The Wrap, bos baru CBS, iaitu David Nevins telah mendedahkan yang siri berkenaan akan ditayangkan penghujung tahun 2019. Memetik kenyataan Nevin di 46th Annual UBS Global Media and Communications Conference :

“In 2019, it’s not one Star Trek, it’s two Star Treks. Discovery [season 2] at the beginning of the year, and Picard will start at the end of the year.”

Siri baru itu masih belum mempunyai tajuk khusus, tetapi ini menandakan kembalinya Patrick Stewart melakonkan watak kapten Jean-Luc Picard selepas kemunculan terakhir watak berkenaan dalam Star Trek: Nemesis (2002). Selepas itu, Stewart hanya meminjamkan suaranya untuk watak berkenaan dalam permainan video seperti Star Trek: Elite Force II dan Star Trek: Legacy. Watak berkenaan turut membuat kemunculan khas dalam bentuk animasi seperti Robot Chicken dan Family Guy.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post